Rasanya semua mengenali model muda, Cara Delevingne. Model yang sedang meningkat naik malah wajahnya tersenarai dalam pilihan jenama hebat dunia. Baru-baru, dia terpilih membuat penampilan khas bersama Karl Lagerfeld dalam Paris Fashion Week 2014 untuk keluaran Chanel 2014. Namanya mula naik sejak dipaparkan dalam Burberry’s Spring/Summer 2011 Campaign. Kemudian terpilih menjadi wajah baru untuk Burberry’s Spring/Summer 2012 Campaign.
Model yang memenangi gelaran Model of The Year pada tahun 2012 di British Fashion Awards ini menjadikan kening tebal sebagai trademark malah menjadi ikutan ramai. Bila bercakap tentang fesyen pilihan, Cara lebih memilih gaya rock, simple dan juga edgy. Suka mengenakan t-shirt, skinny jeans, beanie hat bersama sneakers atau boot juga cermin mata hitam pelbagai gaya.