Tahun 2014 dimulakan dengan berita gossip Kpop yang sangat besar pengaruhnya apabila penyanyi Lee Seung Gi dan salah seorang ahli kumpulan Girls’ Generation (SNSD) Yoona disahkan kini sedang bercinta.
Dilaporkan bahawa mereka berdua mula bertemu sesama sendiri sejak September 2013. Mereka juga didapati telah ber”dating” di Han River setelah kepulangan Lee Seung Gi dari Jepun. Kedua-dua agensi yang mewakili selebriti ini telah mengesahkan status percintaan Lee Seung Gi dan Yoona dalam kenyataan masing-masing.
SM Entertainment memberitahu, “The two are in the beginning stages of getting to know each other.”
Wakil Lee Seung Gi memberitahu“Lee Seung Gi and YoonA are carefully meeting one another… We don’t know exactly when the two started seeing each other, but we can say that they’re in the beginning stages… Please watch over the two kindly.”
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini dalam sebuah rancangan Lee Seung Gi sudah memberitahu umum bahawa dia sukakan wanita seperti Yoona, padanya Yoona mempunyai ciri-ciri wanita idaman. Wahh, akhirnya jadi kenyataan! Daripada impian kini menjadi realiti. – VIA