Sekarang tengah cuti sekolah, jadi nak bawa anak-anak pergi ke mana? Kalau tak ada idea, apa kata singgah ke Mid Valley Megamall, ada aktiviti menarik anda sekeluarga boleh lakukan.
Untuk pengetahuan anda, LEGO® Malaysia memperkenalkan hasil terulung-nya, LEGO® NEXO KNIGHTS™, sebuah legenda kerajaan zaman pertengahan berlatarbelakang dunia futuristik pada acara LEGO® NEXO KNIGHTS™ ACADEMY. Acara yang berlangsung di Mid Valley Megamall ini sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama yang menganjurkan acara ini.
Dalam sebuah kerajaan yang bernama Kingdom of Knighton, terdapat lima pahlawan muda perlu meningkatkan kekuatan mereka dengan perisai-perisai berkuasa untuk bertarung dengan si badut jahat yang bernama Jestro serta sekumpulan raksasa demi mengembalikan keamanan. Kini set LEGO yang telah diadaptasi dari lagenda hebat ini telah dicipta berserta siri kartun 20 episod dan aplikasi permainan digital yang mengujakan.
Gabungan Dunia Realiti dengan Alam Maya
Siri LEGO® NEXO KNIGHTS™ telah melepasi sempadan di antara dunia realiti dan alam maya. Para pemain boleh memilih daripada pelbagai senjata futuristik dan mengaktifkan kekuatan NEXO untuk bertarung dengan Lava Monster dan menjadi pahlawan yang sebenar.
Pahlawan-pahlawan yang baru dilantik mampu “memuat turun” sebanyak 170 kekuatan NEXO Knights yang diwakili oleh perisian – yang boleh didapati di seluruh dunia Knighton dalam bentuk fizikal mahupun digital, termasuk set binaan, iklan, buku, komik, dan juga siri kartun LEGO® NEXO KNIGHTS™, yang boleh dikumpul dengan menggunakan aplikasi LEGO NEXO KNIGHTS: MERLOK 2.0. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.
Tujuh belas set binaan daripada koleksi LEGO® NEXO KNIGHTS™ yang menarik kini boleh didapati di Stor LEGO berdaftar di Malaysia, di The Curve in Mutiara Damansara, Bangsar Village, Empire Subang, IOI City Mall di Putrajaya, Setia City Mall dan Queensbay Mall di Pulau Pinang. Set-set binaan tersebut dijual di Toys “R” Us, Hamleys, AEON, Isetan, Parkson, Box of Bricks dan LEGOLAND Malaysia Resort pada harga antara RM 39 hingga RM 499.
Jom alami sendiri dunia Knighton yang mengujakan di Centre Court di Mid Valley Megamall bermula dari sekarang hingga 20 March.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari:
- Facebook Mid Valley Megamall https://www.facebook.com/mymidvalleymegamall
- Laman sesawang https://nexoknightsapac.lego.com/en-my/