Anda nak cari persalinan perkahwinan yang paling sempurna dan nampak cantik tatkala disarungkan ke badan?
Hari ini, apa kata Wanista kongsikan bersama dengan anda, tips dan cara bagaimana untuk memilih “The Perfect Dress” untuk hari bahagia anda!
Kita sebagai manusia ini dijadikan berbeza-beza oleh tuhan, tiada yang sama. Mungkin ada di antara pembaca yang berbadan gempal, ada yang badannya kurus seperti Victoria Beckham dan ada pula yang badannya tidak ubah seperti buah pir. Sepatutnya, walau bagaimana rupa bentuk badan anda, tidak kisah lah anda memakai pakaian saiz XS, S, M, L, XL atau XXL sekalipun, anda tetap yang teristimewa dan unik pada pandangan mata orang yang benar-benar mencintai anda dan kerana itulah juga, jejaka yang berada dalam benak fikiran anda itu kini memilih anda untuk menjadi peneman hidupnya di dunia ini.
Nah, menurut pemerhatian penulis terdapat 6 bentuk badan yang rata-ratanya dimiliki oleh kaum wanita. Antaranya badan berbentuk segi tiga, segi empat tepat, segi tiga terbalik, hourglass, bulat dan berlian.
Jadi, yang manakah bentuk badan anda sebenarnya?
#1 Bentuk Badan Berlian
Agak mencabar untuk memilih persalinan pengantin buat si dara yang memiliki bentuk badan berlian kerana bahagian pinggang adalah bahagian badan yang paling lebar.
- Anda harus pastikan yang busana tersebut bisa membuatkan pinggang anda nampak kecil sebolehnya.
- Busana berkenaan harus mempunyai perincian dan tirai yang datang meluru ke bahagian tengah perut anda dari pelbagai arah.
- Gayakan busana yang ketat di bahagian pinggang untuk memberi ilusi pinggang yang kecil dan ramping.
CONTOH:-
#2 Bentuk Badan Jam Pasir (Hourglass)
Bertuahlah anda kerana memiliki bentuk badan paling sempurna! Lengkung badan feminin yang sangat menawan persis Kim Kardashian.
Oleh itu, anda boleh pakai apa sahaja jenis pakaian. Semuanya akan nampak sempurna apabila disarungkan ke badan. Paling cantik jika anda memakai persalinan pengantin yang berpotongan gaun melekap.
- Gaun yang sedikit ketat bisa membiaskan potongan badan anda yang sudah sedia cantik.
- Anda boleh memakai apa sahaja jenis rekaan kerana anda mempunyai bentuk dada yang menawan, pinggul yang sempurna serta pinggang yang kecil.
CONTOH:-
#3 Bentuk Badan Bulat
Ia juga dikenali sebagai bentuk badan jenis bujur seperti yang dimiliki Oprah Winfrey dan kebanyakkan wanita lain yang berbadan agak besar dek kerana perut mereka yang sedikit menonjol.
Lazimnya, pengantin yang mempunyai bentuk badan jenis bulat inilah yang berdepan dengan permasalahan besar dalam mencari busana perkahwinan yang sesuai dengan diri mereka.
- Pilih busana yang paling ringkas!
- Jika busana tersebut mempunyai perincian tirai dan jumbaian, pastikan ianya tersusun, kemas dan jatuh pada satu arah sahaja.
- Pastikan baju anda itu turut dihiasi dengan garisan dan potongan yang cantik.
- Tonjolkan garisan pinggang anda menggunakan tali pinggang.
CONTOH:-
#4 Bentuk Badan Segi Empat Sama
Bahu dan pinggul anda berada di garisan yang sama. Selalunya mereka ini terlalu kurus -tidak mempunyai bentuk dada dan pinggul yang menonjol seperti selebriti Nicole Richie dan Bella Thorne.
- Gayakan busana yang mempunyai perincian tali pinggang atau korset untuk mencipta garisan pinggang yang nyata serta berbentuk.
- Tonjolkan gaya pemakaian busana yang memiliki perincian tirai tirus yang jatuh ke tengah seperti bentuk V.
- Garisan leher yang berbentuk V juga amatlah disyorkan buat anda agar bahu nampak lebih lebar.
CONTOH:-
#5 Bentuk Badan Segi Tiga
Yup, badan anda berbentuk seperti buah pir! Pinggul anda lebir besar dari bahagian atas tubuh anda.
- Cari busana yang mempunyai potongan A lebar untuk menyorok pinggul anda yang agak lebar itu dan bagi menampakkan pinggang anda lebih kecil.
CONTOH:-
#6 Badan Bentuk Segi Tiga Terbalik
Jika anda mempunyai badan yang atletik serta bahu yang bidang bermakna anda memiliki bentuk badan segi tiga terbalik.
- Garisan leher bentuk V akan memandu mata orang yang melihat anda nanti terus ke bawah. Jadi, tidaklah mereka hanya tumpu pada bahagian atas anda yang lebar itu.
- Jangan pilih busana yang terlalu serabut di bahagian dada dan bahu.
- Guna skirt yang penuh dan lebar sementara bahagian atas busana itu dibiarkan kosong serta ringkas bersahaja.
CONTOH:-
Semoga artikel ini dapat menjadi panduan anda demi mendapatkan busana perkahwinan yang sempurna!