Warna biru selalu sahaja disinonimkan dengan ketenangan air yang menjadi kunci kepada kesegaran jiwa. Sesungguhnya, warna ini lah yang cuba dijadikan rona utama dalam koleksi Timberland untuk Musim Bunga/Panas 2016 yang baru sahaja dilancarkan awal bulan lalu.
Untuk anda yang gemarkan cabaran dan pengembaraan, koleksi yang digelar Portside Blue ini adalah wajar digayakan oleh anda. Timberland mengambil inspirasi kawasan perairan untuk koleski kasual uniknya kali ini.
Teknologi fabrikasi yang digunakan adalah berasaskan meterial yang mudah bernafas, secara langsung bisa memberikan ada keselesaan berganda.
Manakala kain jenis baldu dan linen pula digunakan bagi melengkapi rekaan khas untuk teknik lapisan unik bertekstur. Gaya ini bukan sahaja memancarkan aura versatile, bahkan menampilkan gaya yang lebih moden, sesuai untuk dipakai sehari-hari tidak kiralah ketika waktu malam ataupun siang sepanjang musim bunga dan panas tahun ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.timberland.com.my