Adakah anda percaya dengan Feng Shui (disebut sebagai angin dan air didalam Bahasa Malaysia) yang merupakan satu sistem falsafah Cina kuno dalam mengharmonikan manusia dengan persekitaran sekeliling?
Jika anda seorang pengikut setia Feng Shui, Reebonz yang merupakan platform atas talian untuk pembelian barangan mewah telah bekerjasama dengan pengamal Feng Shui terkenal, Master Kenny Hoo bagi menjadikan Tahun Monyet kali ini lebih bertuah dan lebih bergaya.
Master Kenny Hoo adalah pakar Feng Shui yang akan bersama di dalam tiga siri video lucu oleh Vlogger Jenn Chia yang akan disiarkan di http://goo.gl/g0HgCD. Di dalam siri yang amat menghiburkan ini, beliau akan menyampaikan nasihat Feng Shui berdasarkan tanda zodiak Cina bagi isu berkaitan Cinta dan Perhubungan, Kesihatan dan Kekayaan.
Mengapa Feng Shui penting bagi pemilihan beg tangan wanita?
Beg tangan adalah lambang kehidupan seseorang wanita. Di dalam sesebuah beg tangan wanita tersimpannya identiti, komunikasi, hiburan, kosmetik, ubat-ubatan dan juga keperluan lain. Bangun saja dari tidur, beg tangan terus menjadi item penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jadi sangat penting untuk memilih satu beg tangan yang sesuai dengan keperluan kita dan dalam masa yang sama, ia mampu mengembalikan tuah!
Bagaimana mahu memilih fesyen berdasarkan Feng Shui?
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti Zodiak Cina anda. Terdpaat lebih kurang 60 kombinasi berdasarkan 12 tanda haiwan (Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing,Monyet, Ayam, Anjing dan Khinzir) dan juga lima unsur (Kayu, Api, Tanah, Logam dan Air).
Bentuk
Setiap unsur mempunyai satu bentuk yang menjadi pelengkap. Unsur kayu yang juga dikenali sebagai “pokok” di wakili oleh bentuk segi tiga tinggi. Api pula diwakili oleh bentuk segi tiga tajam seperti berlian. Tanah diwakili oleh bentuk yang luas dan berketul-ketul. Air diwakili bentuk berombak dan logam diwakili bentuk bulatan. Jadi pilihlah bentuk beg anda berdasarkan setiap unsur ini. Unsur kayu boleh memilih untuk beg “backpacks”manakala unsur Api boleh memilih beg yang dijahit seperti kain perca. Unsur Tanah sesuai dengan beg ala “Boston” dan Air pula sesuai dengan rekaan tidak berstruktur. Unsur terakhir, logam boleh memilih untuk jenis beg “hatbox”.
Warna
“Beg tangan boleh menjadi satu daya tarikan yang hebat untuk wanita kerana item ini sentiasa berada disisi seorang wanita. Oleh yang demikian, anda boleh mengaktifkan “Qi” bagi tuah dalam menerima pertolongan dari orang lain. Tahun Monyet mampu memberi kesan yang baik kepada sesetengah zodiak tetapi bagi zodiak lain yang kurang bernasib baik, pilihan warna dan bentuk aksesori yang betul mampu mengembalikan tuah. Pilihan-pilihan di Reebonz adalah satu langkah permulaan baik untuk Feng Shui dan tawaran-tawaran menarik di Reebonz merupakan satu tanda baik bagi satu tahun yang penuh dengan tuah. Jika anda adalah seseorang yang mempercayai Feng Shui, anda boleh mula mendapatkan azimat tuah di pusat jualan online Reebonz. Jika tidak, anda hanya perlu merujuk kepada carta yang terdapat di http://goo.gl/g0HgCD untuk mengembalikan tuah anda,” tambah Master Kenny.
Untuk membawa lebih kegembiraan pada Tahun Baru Cina kali ini, Reebonz menjemput semua penggemar fesyen di luar sana bagi menyertai satu tawaran hebat bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai ahli. Ahli baru akan memperoleh durian runtuh bernilai RM88 kredit bertuah dan berpeluang untuk membuka kunci kotak rebutan yang menawarkan pelbagai tawaran hebat. Bersedia untuk menyaksikan satu kejutan di http://go.reebonz.com/cny16.
Sila layari http://www.reebonz.com.my untuk lebih maklumat tentang Feng Shui Fesyen.