Menawarkan sepatu NMD larian baru, berlatarkan elemen bayangan atau silhouette yang menonjolkan grafik eksentrik sebagai koleksi musim Bunga/Panas 2016.
Adidas Original kini mempersembahkan NMD_R1 untuk para peminatnya yang ghairah membutuhkan rekaan kasut unik, tetapi masih lagi mengekalkan keselesaan berpanjangan kepada si pemakai.
Koleksi ini dilihat telah menggabungkan rekaan asal NMD Runner, melihatkan bahagian atas kasut yang dijahit menggunakan material kait dipanggil tekstil Primeknit sebagai sisi utama rekaan.
Hamparan corak pada permukaan tekstil seolah berupa tindanan garisan berserabut yang tampak sungguh eksklusif! Kasut istimewa ini boleh didapati dalam warna kelabu bertekstur.
NMD_R1 baru semestinya akan menambahkan jiwa sensasi buat atlet yang mementingkan gaya berketerampilan.
Koleksi baru Adidas Originals ini akan mula berada di pasaran pada 30 Januari ini, di gedung butik Adidas Originals cawangan Pavilion dan KLCC pada harga RM720 sepasang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari shop.adidas.com.my