Cute & Classy! Empat cucu kesayangan Kris Jenner menghiasi kad Krismas keluarga Kardashian dan Jenner tahun ini.
Gambar pada kad Krismas itu memaparkan aksi comel dan bersahaja anak Kim Kardashian, North West, 2, bersama tiga sepupunya, Mason, 6, Penelope, 4, dan Reign, setahun yang merupakan anak Kourtney bersama bekas teman lelakinya, Scott Disick.
Mereka bergaya dalam persalinan hitam menawan dan Kim sendiri memuat naik gambar tersebut di laman web rasminya, www.kimkardashianwest.com.
Menitip pesanan Krismas buat peminatnya, Kim menulis, “All You Need Is Love”.