Bila melihat gambar ini mungkin anda merasakan ianya merupakan hasil fotografi. Jangkaan anda meleset kerana ini merupakan hasil lukisan yang hanya menggunakan pensel warna.
Boredpanda melaporkan seorang lelaki menghabiskan masa 50 jam untuk menyiapkan potret Morgan Freeman.
“Saya hanya menggunakan pensel warna dalam semua lukisan. Saiz kerja ini adalah 30 x 40 cm. Tekstur kulit yang terperinci, memberikan saya lebih banyak masa untuk menyiapkannya. Saya menunjukkan sesetengah imej dalam keadaan yang berbeza daripada proses tersebut,” jelas Néstor Canavarro.
Anda juga boleh menyemak koleksi lukisan lain yang dihasilnya seperti Malcolm Mcdowell, Walter White.