Warga media sosial hari ini menumpukan perhatian kepada beberapa foto di Instagram yang memaparkan sebuah majlis meraikan ibu mengandung atau baby shower.
Peliknya apabila tuan rumah telah menggunakan lampin untuk menggantikan pinggan bagi menghidangkan makanan untuk tetamu.
Rata-rata warga media sosial di Facebook dan Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dan berang dengan tindakan yang dianggap tidak sensitif, angkuh, dan keterlaluan.
https://twitter.com/ezad_amir/status/676595870410760192
Setiap kali aku ingat kebodohan manusia ada limit, datang pula berita orang makan dalam pampers.
— Elmi (@ELMIELMO) December 15, 2015
https://twitter.com/dayangnas/status/676606301749686272
Trend makan dlm pampers pulak. Nak lg hipster? Makan dlm mangkuk coli. Lg dalam. Siap boleh takung kuah mee bandung
— AJ ⋆.˚ ᡣ𐭩 (@AinulNunanaa) December 15, 2015
https://twitter.com/piez93/status/676630105230151680
Cilake cerita apa pulak makan atas pampers ni? Macam macam la budak budak sekarang. Suruh makan sayur taknak
— Dude of Arrakis (@StamMustapha) December 15, 2015
Gambar yang telah pun dipadam oleh pemilik akaun Instagram tersebut walau bagaimanapun sempat disimpan oleh pengguna lain dan kini tersebar luas.