Bayangkan anda dilamar teman lelaki, dihulurkan cincin dan ditanya soalan cepu emas “Will You Marry Me?” Apa yang anda rasa? Sweet? Excited? Sedih?
Boleh dikatakan lamaran perkahwinan yang mengejutkan, lain daripada yang lain seperti sudah menjadi trend masa kini. Setiap lelaki ingin mencipta suatu pengalaman lamaran perkahwinan yang unik agar ia menjadi memori terindah bersama pasangan. Dengan itu, maka terhasil lah idea-idea kreatif dengan mewujudkan kejutan besar buat pasangan yang ingin dilamar itu.
Sebagai contoh, untuk si lelaki ini yang mengeluarkan idea cukup unik. Tidak tahu romantis ataupun aneh!
Dipetik dari laman shanghaiist.com, Feng melamar kekasih dengan memanfaatkan 4,500 lampin bayi yang dibentuk hati di sebuah jalan dekat sungai Pear, China. Dilaporkan, keduanya telah menjalin asmara selama dua tahun.
Tak ingin kehilangan Lin, Feng melamar kekasihnya tersebut dengan cara cukup aneh. Apa tidaknya, lelaki muda tersebut membeli sekurang-kurangnya 4,500 buah lampin bayi dan menyusunnya menjadi sebuah hati di tengah jalan.
Momen lamaran ini menjadi makin romantis apabila beberapa teman mereka mengelilingi mereka berdua dan membawa papan bertulis “Will You Marry Me.”
Difahamkan, pada awalnya, Feng ingin melamar Lin dengan lamaran romantis menggunakan bunga mawar tetapi setelah mengetahui teman wanitanya itu sedang mengandung, Feng mendapat idea yang lebih baik malah penuh memori. Feng berjanji akan bertanggungjawab menjaga Lin dan bayi di dalam kandungannya malah akan menikahinya.
“From now on, your happiness and the baby’s happiness is my responsibility, “Marry me!”
Lantas, Lin mengatakan YA!