Evolusi jenama pakaian dan barangan sukan Nike kearah kejituan sofistikasi dilihat sungguh memberangsangkan. Bergerak mengikut trend dan peralihan cita rasa para pengikutknya, Nike sentiasa mengutamakan keperluan dan keselesaan para pengguna agar dapat mencapai momentum kepuasan yang diinginkan.
Baru-baru ini, Nike melangkah kehadapan dengan menggabung dua teknologi hebat iaitu Nike Tech Fleece fabric yang selesa berserta teknologi Nike Aeroloft yang memberikan sensasi kehangatan optismistik sesuai untuk digayakan pada musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Demi keselesaan yang berpanjangan dan sesuai untuk gaya aktif si pemakai, fabrik Nike Tech Fleece yang digunakan keatas koleksi kali ini adalah begitu ringan dan membekalkan kehangatan yang secukupnya memandangkan ia adalah koleksi khas musim sejuk kali ini. Kuantiti busa empuk (plush faom) diletak diantara dua lapisan material jersi kapas yang seterusnya mencipta tiga lapisan fabrik yang berfungsi sebagai penebat apabila bergesel dengan badan.
Manakala inovasi teknologi Nike Aeroloft pula berfungsi sebagai pengekal kehangatan sehingga badan si pemakai mampu menghasilkan kehangatannya yang sendiri. Apabila terdapat haba berlebihan dari pakaian, ia akan disimpan secara strategik melalui tebukan laser-cut pada fabrik.
Koleksi Nike Tech Fleece Aeroloft The Holiday 2015 merangkumi variasi pilihan termasuk untuk lelaki dan wanita. Antaranya adalah, Nike tech Aeroloft Moto Jacket dan Nike Tech Fleece Jacket.
Pakaian untuk koleksi khas utilitarian lelaki dilengkapi ciri dan fungsi kantung/poket berpetak untuk penyimpanan gajet seperti ipod mahupun telefon pintar mereka dan ciri-ciri baharu yang diperkembang seperti hud kepala serta kolar tinggi yang direka bagi melindung pemakai daripada kesejukan yang skstrem.
Untuk wanita pula, koleksinya berpaksikan ciri keperluan utama musim sejuk, digabungkan pula dengan rekaan yang anggun, silhouettes moden dan butiran tersembunyi.
Untuk maklumat lanjut berkenaan rekaan terbaharu daripada Nike ini, sila layari www.news.nike.com bagi mendapatkan berita terkini mengenai Koleksi Nike Tech Fleece Aeroloft The Holiday 2015.
https://www.youtube.com/watch?v=zxcWnID1VlM