Penyanyi Akim Ahmad mahu individu bertudung pink yang dipercayai merakam video Stacy baru-baru ini supaya tampil dan bertanggungjawab ke atas penyebaran video tersebut.
“Privacy orang jangan dishare. Jaga kehormatan. Anda merakam tanpa kebenaran. Itu sangat pasti. Tanpa kebenaran. Sila tampil,” tegas Akim di laman Twitter beliau, @AkimAhmad.
Semalam, foto dan video penyanyi popular, Stacy memeluk Islam tersebar secara meluas di laman Facebook. Meluahkan kekecewaannya lagi laman sama, Akim menegaskan bahawa ruang privasi individu tidak patut diganggu.
“Kalau rasa hormati orang, stop share, dan padam video yang dirakam tanpa kebenaran. Harap faham privacy. Pihak tak bertanggungjawab sebarkan lagi. Sebelum apa-apa berlaku, saya rasa lebih baik yang merakam tampil. Saya tau anda bertudung pink,” luahnya lagi.
Tindakan penyebaran video tersebut juga mendapat tentangan sebahagian netizen yang rata-rata berpendapat perkara tersebut tidak patut diviralkan.