Pelancaran penerbangan baru ke Hiroshima diraikan dengan penuh kemeriahan di lapangan terbang Hiroshima pada Ahad, 16 Ogos sebelum memulakan servis kapal terbang pertamanya, KA351.
Upacara yang dikendalikan oleh Hiroshima Prefecture Airport Promotion Committee dan dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Wilayah Hiroshima, Hironori Takagaki.
Dragonair, syarikat anak perusahaan Cathay Pacific diwakili oleh Pengarah Jualan & Pemasaran, Dane Cheng dan Pengurus Besar Jepun, Clarance Tai.
Hiroshima merupakan destinasi keempat di Jepun diikuti Tokyo (Haneda), Fukuoka dan Okinawa di dalam rangkaian syarikat penerbangan itu.
Cathay Pacific dan Dragonair mengendalikan 152 penerbangan dalam masa seminggu antara Hong Kong ke lapan destinasi di Jepun.
Selanjutnya, layari laman web: www.dragonair.com