Kylie Jenner yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-18, tampil glamour pada setiap masa walaupun hanya di jalanan. Seperti ahli keluarganya yang lain, Jenner sentiasa bersedia seperti setiap jalan yang dilaluinya bagaikan pentas peragaan.
Transformasi gayanya dapat dilihat dari semasa ke semasa dan diangkat menjadi ikon di karpet merah. Hari ini, Wanista ingin membawa anda ke dalam dunia ‘Kylie Jenner’ yang glamour ini!
Pakaian yang diperlukan pada musim panas ini adalah boyfriend jeans, dan yang pastinya ia sesuai untuk digayakan dengan pelbagai cara dan di mana-mana jua – bergantung kepada pemilihan anda! Dengan mudahnya, anda boleh memiliki boyfriend jeans di Instagram Shop dengan harga yang mampu dimiliki. Boyfriend jeans ini akan memberikan anda gaya ranggi tanpa terlalu mencuba.
2. JUMPSUIT
Trend jumpsuit kembali lagi! Pakaian ini sangat bersesuaian bagi musim panas kerana anda boleh memilih warna yang solid ataupun klasik seperti hitam atau putih, dan anda juga boleh memilih warna yang terang untuk padankan dengan setiap musim. Jumpsuit ini boleh didapati di butik H&M dan lain-lain.
3. HITAM MANIS
Berpakaian serba hitam tidak terhad pada satu musim sahaja! Jangan simpan baju hitam anda, kerana ia merupakan item fesyen yang sangat berguna! Sama ada, little black dress ataupun padanan crop top/high-waisted shorts, gaya ini sesuai untuk semua orang. Tapi jika anda ingin memberikan sedikit warna kepada pakaian, gunakan aksesori anda, seperti gaya di bawah ini.
4. GAYA KASUAL
Gaya kasual go-to ini dipadankan sama ada dengan jeans, printed tee dan helaian baju yang mengutamakan keselesaan anda. Sama ada keluar dengan rakan-rakan mahupun melakukan tugasan rumah, gaya daripada Kylie Jenner ini mudah untuk diikuti ramai.
5. MOD CHIC
Gaya ‘mod-chic’ ini digayakan semula sejak kebelakangan ini. Untuk mendapatkan gaya seperti ini, kaca mata hitam merupakan item utama. Collared tops dan skirt pencil juga perlu ada untuk mendapatkan gaya ‘mod-chic’ ini!
6. DRESS+DENIM
Padanan little black dress (LBD) dan jaket denim memaparkan cool factor dan mengawal tona dress anda. Semestinya LBD adalah helaian yang perlu ada di setiap almari wanita! Tiada apa yang akan silap jika anda hanya mengenakan LBD ini sahaja!
7. GADIS BOHO
Mudah, dan tampak selesa dengan gaya boho. Sama ada dipadankan dengan flared printed pants dan crop top, gaya ini pasti menjadi pilihan orang ramai kerana terdapat pelbagai pilihan dan corak untuk dapatkan gaya ringkas seperti ini!
Gaya jalanan Kylie Jenner tidaklah terhad kepada tujuh ini sahaja, malah terdapat banyak lagi gaya jalanan yang stailo! Agak-agaknya, mana satu gaya pilihan anda?
[SUMBER]
Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah!