Seni telah menjadi sebahagian besar dalam hidup Tal Peleg. Beliau sukakan ilustrasi, fotografi dan solekan, dan seni lukisan mata adalah cara beliau mencampurkan semua keghairahannya itu dengan menggunakan mata sebagai kanvas.
Solekan adalah satu bentuk seni yang menakjubkan, dan beliau menghasilkan lukisan dan solekan pada mata bagi menceritakan sesuatu. Tidak hanya tertumpu pada lukisan mata, beliau juga menitikberatkan bentuk dan lekuk mata yang semulajadi sebagai sebahagian daripada hasil seni tersebut.
Inspirasi lukisan ini diperolehi dari sekelilingnya, dari filem, makanan, haiwan sehingga emosi yang boleh diceritakan melalui mata. Beliau menghasilkan seni lukisan pada matanya sendiri dengan menggunakan penggaris mata, pembayang mata, warna air dan semestinya berus halus.
Sesungguhnya semua ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dihasilkan, namun hasil yang luar biasa benar-benar memberikan kepuasan.
[Sumber]