Lagi kes eskalator di China! Kaki seorang tukang cuci terpaksa dipotong setelah terlekat di sebuah eskalator di sebuah pasaraya pada Sabtu (1 Ogos) malam.
Difahamkan ketika kejadian, lelaki berusia 35 tahun itu sedang membersihkan anak-anak tangga di eskelator terletak di level bawah tanah.
Xinmin Evening News melaporkan eskalator yang dibuat oleh Shanghai Mistubishi Elevator dihentikan serta merta dan lelaki berkenaan dikejarkan ke hospital. Namun kakinya tidak dapat diselamatkan kerana terlalu parah dan doktor terpaksa memotongnya.
Kejadian ini menjadi insiden ketiga yang melibatkan tragedi eskalator di China dalam masa satu minggu menyebabkan perasaan paranoid orang ramai dalam negara terbabit.