Pernah membeli produk kecantikan dan kemudian menyedari bahawa anda tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya? Jangan risau kerana Urban Decay Naked Smoky, jawapan terbaik untuk mendapatkan solekan mata smoky yang neutral dan sempurna walaupun untuk si beginners.
Menempatkan 12 eyeshadows dengan warna yang sesuai untuk solekan smoky, sembilan daripada warna tersebut adalah yang baharu (High, Dirty Sweet, Slanted, Dagger, Smolder, Password, Whiskey, Combust dan Thirteen), manakala tiga lagi eksklusif (Radar, Armor dan Black Market).
Daripada jenis mattes, satins kepada shades dengan sparkle, Naked Smoky ada segala-segalanya! Dalam satu palet ada pelbagai warna sebenar, berus juga tutorial terperinci.
Menarik untuk Naked Smoky kali ini adalah didatangkan dengan empat tutorial solekan mudah (Iconic UD Smoky Eye, Smoky Reality Star, Smoky Cat dan Everyday Smoky) dan senarai tips solekan mata smoky. Jadi, Urban Decay Naked Smoky memudahkan anda tampil cantik dengan solekan mata yang menawan.
Naked Smoky dijual dengan RM 199 kini boleh didapati di semua cawangan Sephora Malaysia.