Sekiranya anda sudah bosan berbuka puasa dengan nasi putih biasa, anda boleh cuba resepi Nasi Hujan Panas yang kami ingin kongsikan ini. Selain sesuai dijadikan sebagai hidangan ketika berbuka puasa, nasi ini juga boleh dihidangkan ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.
Bahan-Bahan
3 cawan beras Basmathi (basuh dan toskan)
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar (hiris halus dan dadu kecil)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam (*** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam – bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air, didihkan lebih kurang 10 minit)
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Kismis, bawang goreng dan gajus
Cara-Cara Penyediaan
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumiskan rempah ratus (4 serangkai), bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan beras dan goreng selama 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik.
- Masukkan air rebusan ayam, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
- Apabila nasi sudah masak, celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi.
- Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biarkan selama 5 minit.
- Selepas 5 minit, taburkan kismis, bawang gores dan gajus.
- Kacaukan nasi agar warna sekata bagi keseluruhan periuk.
- Sedia dihidang bersama lauk-pauk!
Selamat mencuba!