Lazada, destinasi membeli-belah nombor satu di Asia Tenggara telah menjalankan kempen Riang Ria Raya di seluruh Negara bermula dari 11 Jun sehingga 15 July. Jualan murah ekslusif ini ditujukan khas untuk pelanggan yang ingin membeli-belah sebelum kesibukan musim perayaan tiba.
Menurut Hans-Peter ressel, CEO Lazada Malaysia: Riang Ria Raya adalah bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli-belah sempena bulan yang mulia ini.
Untuk menyerlahkan lagi kempen Riang Ria Raya ini, Jualan Mega Raya akan berlangsung pada 24 Jun sehingga 26 Jun. Dengan potongan harga sehingga 90% untuk semua 14 kategori, jualan murah flash istimewa pada 6 barangan yang paling digemari setiap hari akan berlangsung dalam tempoh 3 hari yang berikut.
Selain itu, pemegang kad Maybank juga akan menikmati potongan harga tambahan sebanyak 10% ke atas pembelian mereka pada 24 Jun dengan rebat maksima RM200.
Sebahagian daripada kempen Riang Ria Raya ini, Lazada telah memperkenal pelbagai jenis motosikal dan skuter yang boleh didapati di peneraju pusat membeli-belah dalam talian ini. Ini menjadikan Lazada satu-satunya marketplace dalam talian yang menjual motosikal di Malaysia. Motosikal yang dijual menawarkan pelan ansuran bulanan untuk memudahkan pelanggan untuk memiliki motosikal yang diidamkan.
Lazada juga meluaskan kepelbagaian produk Raya dengan menawarkan pakaian tradisional Raya sentuhan kreatif Pereka Fesyen tempatan yang terkenal seperti Radzuan Radziwill, Rizman Ruzaini dan Melinda Looi, serta koleksi Baju Raya dari Pereka tempatan yang lain.
Lazada Malaysia, yang telah menyambut ulang tahun yang ke-3 pada awal tahun ini adalah destinasi menjual dan membeli nombor satu di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia kini menawarkan lebih daripada 80,000 produk dalam 14 kategori yang berbeza yang juga menawarkan penghantaran percuma, khidmat pelanggan, potongan harga yang berbaloi dan banyak lagi tawaran yang istimewa setiap hari.
Dapatkan informasi lanjut mengenai jualan murah Riang Ria Raya di http://www.lazada.com.my/ atau di halaman Facebook Lazada https://www.facebook.com/LazadaMalaysia.