Syzygium Aromaticum, nama saintifik bunga cengkih, yang mewakili logo pembukaan cawangan restoran baharu di Citta Mall, Ara Damansara. Jombali, adalah restoran kegemaran rakyat Malaysia dengan suasana keluarga santai, yang mengukir pengalaman menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang terdiri daripada sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Dalam mengetengahkan hidangan signatur Jombali; Nasi Goreng 3 Rasa Ayam, Nasi Goreng Chicken Chop, Silang Beef Kueh Teow, Mee Hoon Siam, dan Cheesy Fish n’ Chips, ia menawarkan masa persediaan yang cepat (kurang daripada 10 minit), dengan bahan-bahan yang berkualiti tinggi bagi memberi peluang kepada pelanggan merasakan aroma, tekstur dan rasa sebenar Jombali.
Wak Doyok, salah satu ikon fesyen Malaysia yang sukakan makanan telah merasmikan pembukaan cawangan baharu Jombali di Citta Mall. Sebagai orang yang sukakan makanan dan fesyen, beliau meminati konsep restoran Jombali, dari suasana sehingga menu yang dikemaskini setiap 3 hingga 6 bulan; ia dipotretkan sebagai ‘makan dengan gaya’.
“Saya telah melakukan perjalanan ke Korea dan makan banyak makanan yang hebat, tetapi tiada apa yang boleh mengalahkan Nasi Goreng tempatan.”
Hidangan kegemaran Wak Doyok di Jombali adalah Nasi Goreng Salted Egg’, Cheesy Baked Rice, Dry Wantan Noodles, Michellin inspired Fried Rice dan Sotong Kangkung.
Walaupun dengan status selebriti, orang ramai mungkin berfikir beliau hanya bergaul atau makan di restoran mewah, tetapi sebenarnya salah satu restoran kegemaran Wak Doyok adalah Jombali, Mutiara Damansara. Personaliti Wak Doyok yang merendah diri mentakrifkan jenama Jombali.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jombali di http://www.jombali.com.my/.