MyORTHO Care di Mediplex di Pusat Perubatan Subang Jaya adalah pusat ortotik untuk menempatkan mereka yang mengalami masalah kaki biasa hingga kesakitan teruk dan menawarkan penilaian asas untuk tempahan pelapik kasut rekaan khas, kasut ortopedik dan sandal dari Dr. Kong, Schein, Aerex.
Sejak pembukaan rangkaian pertamanya sekitar 1978, syarikat itu berkembang dengan jayanya. Lokasinya berdekatan kepesatan pusat bandar Subang Jaya mengukuhkan lagi kewujudannya. Seiring kesegaran alunan muzik jazz memenuhi tempat acara majlis pelancaran bersama kehadiran selebriti seperti Vanida Imran dan Raja Atilia, juruacara Julie Woon menyeru tetamu untuk menjalani pemeriksaan kaki secara percuma sebelum Dato’ Dr Edmund Lee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyORTHO mengalu-alukan kehadiran tetamu menerusi ucapan pembukaan.
Di sini, penekanan diberikan terhadap kepentingan pelapik kaki direka bagi menyelaraskan kaki dan buku lali pada kedudukan tepat mengikut sistem anatomi. Pelapik kaki ini mungkin kelihatan biasa, tapi sebenarnya ia dilengkapi dengan perubatan biomekanikal direka untuk memperbaiki ketidakseimbangan kaki.
“Rekaan ortotik ditempah khas sama seperti sepasang kaca mata sempurna untuk mata anda,” kata Dr Lee.
“Pelapik ini mengurangkan tekanan dan menegangkan tubuh dengan mengembalikan posisi kaki di kedudukan betul. Untuk mengekalkan kedudukan itu kami cadangkan pemakaian bersama kasut dari Dr. Kong memandangkan tapaknya yang lebih kukuh dan memberi kestabilan pada tulang tumit. Dr. Kong menyediakan kasut sihat dan produk penjagaan kaki untuk bayi, kanak-kanak, dan dewasa supaya semua boleh memakainya dengan selesa.”
“Aduan masalah kaki lazimnya merangkumi masalah hammertoes, melecit, ketumbuhan, kulit kematu, tumit merekah, ibu jari melengkung dan jangkitan kulat berlaku akibat pengabaian, pemakaian kasut sempit dan koyak,” tambah Dr Lee sebagai kata penamat.
“Kaki rata adalah sangat biasa dan berlaku apabila lengkung bawah tapak kaki tidak berkembang dengan betul ketika tempoh pembesaran kanak- kanak. Dalam kes lain, tapak kaki rata juga boleh terjadi selepas kecederaan. Ia boleh menimbulkan masalah pada buku lali dan lutut dengan mengubah kedudukan kaki anda.”
Semua dialu-alukan untuk melawat MyORTHO Care terbaru di Lot 5 Tingkat Bawah Mediplax, Pusat Perubatan Subang Jaya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myortho.com.my.