Berita kematian seprang pelajar Malaysia di University Texas, Aminah Ahmed menggemparkan negara kita. Difahamkan, Aminah meninggal disebabkan oleh penyakit Aneurisme yang menyerang otaknya secara tiba-tiba. Jadi, mungkin kita tertanya-tanya apa itu penyakit Aneurisme? Aneurisme merupakan satu penyakit yang sangat serius dan ia boleh membawa maut.
1. Aneurisme berlaku apabila saluran darah atau arteri yang mengepam darah mengembung atau membengkak. Ia disebabkan oleh saluran darah yang lemah.
2. Aneurisme boleh berlaku di mana-mana bahagian badan. Kebanyakan kes berlaku pada dinding aorta atau arteri yang paling besar dimana ia berfungsi menyalurkan darah ke jantung.
3. Terdapat dua jenis aneurisme iaitu:
- Aortic aneurysm iaitu di bahagian perut atau bahagian atas tulang belakang.
- Cerebral aneurysm iaitu di bahagian otak.
4. Penyakit membawa maut ini tidak mengira umur atau jantina. Walau bagaimanapun, kebanyakkan kes berlaku kepada lelaki dan mereka yang berumur 65 tahun ke atas.
5. Penyebab penyakit Aneurisme:
- Saluran darah yang lemah.
- Kolestrol tinggi.
- Darah tinggi.
- Radang di saluran darah.
- Menopause.
- Rokok atau tembakau.
- Genetik.
- Kecederaan fizial.
- Trauma.
6. Bergantung kepada sebesar mana, sepantas mana dan bahagian mana saluran darah membengkak. Sekiranya ia kecil, kemungkinan penyakit tidak dapat dikesan dan jika ianya besar, antara tanda yang ketara adalah bahagian muka menjadi kebas dan pesakit mempunyai masalah penglihatan. Tanda-tanda penyakit Aneurisme adalah:
- Denyutan pantas di bahagian perut.
- Sakit belakang yang kerap berlaku.
- Sakit di bahagian perut yang melarat ke bahagian tulang belakang.
- Batuk-batuk.
- Sesak nafas.
- Masalah penghadaman.
Pesakit yang mengalami Cerebral aneurisme mungkin mengalami:
- Sakit kepala yang kerap.
- Rasa loya dan muntah-muntah.
- Masalah penglihatan.
- Sawan.
- Pesakit berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.
- Mengalami tahap pertimbangan yang rendah.
- Penglihatan silau.
7. Prosedure untuk memeriksa Anuerisme:
- Ultrasound.
- CT Scan.
- MRI Scan.
8. Rawatan bagi cerebral aneurisme mempunyai dua cara iaitu:
- Pembedahan ikatan (surgical clipping): pembuangan bahagian aneurisme dengan penggunaan satu klip logam kecil untuk menghalang aliran darah.
- Pembedahan lilitan (endovascular coiling): wayar digunakan untuk menghalang aliran darah dengan menjadikannya beku untuk menghentikan pendarahan.
3 jenis rawatan bagi aortic aneurisme iaitu:
- Sekiranya tempat yang terjejas adalah lebih kecil daripada diameter 4cm, risiko pembedahan adalah sangat tinggi. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil langkat watch and wait ataupun “lihat dan tunggu“. Walau bagaimanapun, pesakit akan disyorkan membuat scan *ultrasound setiap 6 hingga 12 bulan.
- Jika saiz tempat terjejas adalah lebih daripada diameter 4cm dan kurang daripada 5.5cm, doktor akan memberi pilihan kepada pesakit sama ada mahu menjalani pembedahan ataupun tidak.
- Dan jika saiz tempat terjejas adalah lebih daripada 5.5cm, pesakit perlu menjalani pembedahan kerana ia akan membesar setiap 6 bulan.
9. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan Aneurisme?
- Bagi mereka yang merokok, anda perlu berhenti merokok atau mengambil apa-apa bahan tembakau.
- Jauhi apa-apa yang boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
- Kurangkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan tahap kolestrol.
- Amalkan pemakanan yang sihat.
- Dapatkan berat badan yang ideal.
- Dapatkan tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 7 jam sehari.
- Kekal aktif dengan melakukan aktiviti fizikal.
Sumber dari Says.com