Anda peminat makanan Mexico?Panchos (pork free, alcohol free) menyediakan makanan jalanan Mexico seperti taco, burritos, quesadillas dan lain-lain yang dibuat dengan bahan-bahan premium, produk segar dan penuh dengan rasa yang tersendiri.
Bermula daripada menu sehingga reka bentuk kedai, Panchos adalah ciptaan asal pasangan Thomas An dan Jennifer Wong. Mereka berusaha untuk menyediakan makanan berkualiti dalam suasana yang kasual. Yang menarik lagi di Panchos adalah konsep ‘slow-cook, fast serve’ – penyediaan memakan masa yang lama tetapi dibuat dengan segera. Makanan yang disediakan memerlukan penjagaan rapi seperti pemilihan rempah, bahan-bahan basah dan minuman semuanya dari Mexico.
Di sini, pelanggan boleh memilih dari tortillas tepung lembut atau rangup versi shell jagung, diisi dengan inti smoky chipotle slow-roasted pulled beef, slow-braised sweet-sticky beef brisket, flame-grilled herb chicken, picante chilli chicken atau pan-fried fish, ditambah pico de gallo, lettuce, sour cream, cheese dan lime bagi melengkapkan rasa.
Jadi, nak tahu sedap atau tidak, anda kenalah singgah Panchos Mexican Taqueria yang terletak di Mid Valley Megamall; T-041B, Level 3 Mezzanine, sama area dengan Madame Waffle dan Golden Screen Cinemas.
Ini aneka makanan Mexico yang ditawarkan
Panchos (Mexican Taqueria)
T-041B Level 3 Mezzanine
Mid Valley Megamall
Mid Valley City 59200
Kuala Lumpur Malaysia
Hubungi – +60 12 503 1014
Laman Web – http://www.panchos.com.my