Samsung Malaysia Electronics telah memperkenal telefon pintar terbaharu mereka iaitu Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge. Rangkaian telefon pintar terbaharu ini dikatakan ideal untuk pelanggan perusahaan.
Samsung sangat mementingkan kualiti terbaik dan Samsung Galaxy S6 dan Samsung galaxy S6 Edge memberikan yang terbaik dari segi produktiviti, memaksimumkan keselamatan dengan dibina dengan teknologi KNOX, kelajuan mengecas yang hebat dan prestasi yang tiada bandingan.
Ciri-Ciri Hebat Samsung Galaxy S6 & Galaxy S6 Edge
- Diperbuat daripada logam dan kaca berkualiti tinggi
- Didatangkan dengan wireless charger
- Bateri diberi penambahbaikan
- Keupayaan mengecas bateri dengan pantas
- Kamera yang pantas dan ciri khas pada kamera memberi peluang kepada pengguna untuk menonjolkan kreativiti dalam fotografi, dan banyak lagi!
Harga pasaran untuk Samsung galaxy S6 adalah RM2599, manakala samsung Galaxy S6 Edge adalah RM3099.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai telefon pintar terbaharu Samsung ini, anda boleh layari http://www.samsung.com/my/home.