“Sebuah filem yang diadaptasi dari novel cinta popular, Pilot Cafe, hasil tulisan Ahadiat Akashah bakal menemui semua peminat filem tempatan 30 April ini! Pilot Cafe merupakan sebuah filem arahan Osman Ali, hasil terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd dan Astro Shaw.
Barisan Pelakon
Fahrin Ahmad memegang watak lelaki utama bernama Kapten Ameer Reza, Izara Aishah memegang watak Maya, manakala Neelofa memegang watak Sharmila.
Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Datuk Eizlan Yusuf, Keith Foo, Azad Jazmin dan ramai lagi.
Sinopsis
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang percintaan yang berputik di sebuah kafe.
“Di Pilot Cafe satu lembaran cinta telah mula berputik …
Kehidupan ini bermula di mana-mana …
tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya …
dia bertemu Ameer. Lelaki yang hanya tau menodai cinta …
Segala-galanya berubah untuk mereka berdua …
Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini …”
Teruja, bukan?
Penulis akui penulis sendiri tidak sabar untuk menonton filem ini kerana dahulu, penulis pernah membaca novel Pilot Cafe! Sudah semestinya, penulis dan semua mengharapkan filem arahan Osman Ali dengan gandingan pelakon-pelakon berbakat dan terkenal ini akan sehebat novel tulisan Ahadiat Akashah.
Jadi, jom sama sama kita saksikan filem Pilot Cafe di pawagam 30 April ini! Jangan lupa!
Kredit foto: Facebook Pilot Cafe