adidas melancarkan rangkaian pakaian Climachill™ terbarunya, diterajui kemeja T hitam yang menampilkan teknologi pengurusan haba tubuh segerak hati, bertujuan untuk memberikan rasa nyaman kepada pemakai ketika berasa panas. Rangkaian pakaian ini diilhamkan untuk menyerlahkan kenyamanan maksimum tanpa mengabaikan rekabentuk dan keselesaanya. Maka adidas Climachill™ jelas sekali sempurna untuk iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Dalam koleksi berkepelbagaian ini, adidas turut melancarkan baju-baju latihan dalam warna yang paling tak lazim bagi pakaian olahraga iaitu hitam, untuk mempamerkan proses teknologi Climachill™.
Dengan menggunapakai sfera aluminium menyejuk 3D yang julung kali digunakan dalam industri ini, pakaian Climachill™ mampu menimbulkan rasa sensasi sejuk dengan segera sebaik berlaku sentuhan. Tambahan pula kepada bintik-bintik aluminium, yarn leper ‘SubZero’ juga mengandungi titanium dan ditenun di keseluruhan bahagian dalaman jersi Climachill™ untuk menghasilkan lebih keupayaan menyejuk.
Rangkaian produk Climachill™ akan mula didapati di pasaran tempatan mulai 6 April 2015 di kesemua kedai prestasi Sukan adidas dan stor dalam talian shop.adidas.com.my.