Memiliki perut yang kempis adalah impian semua wanita, kerana seseorang wanita itu akan tampak lebih menarik dan mudah memakai baju apa sahaja jika memeliki perut kempis. Sayangnya, tidak semua wanita memiliki perut rata seperti artis wanita K-Pop yang sering kita lihat di kaca televisyen.
Namun, ada khabar gembira dimana kini ada cara mudah untuk mendapatkan perut rata dan kempis hanya dengan bantuan sehelai benang!
Lupakan diet dan gym!
Seorang ahli fisioterapi, Sammy Margo telah mengeluarkan sebuah video yang memperlihat bahawa perut rata dapat dilatih setiap hari tanpa perlu ke gym. Anda boleh tanpa sedar melatih perut agar bersenam sambil melakukan aktiviti harian dengan bantuan sehelai benang.
Cara yang boleh anda lakukan adalah dengan mengambil sehelai benang yang cukup tebal. Hembus nafas dan isi kira-kira 50% paru-paru anda saat menarik nafas. Kemudian, ikatkan benang tepat di bahagian tengah perut. Posisi ini akan membuat anda sedar untuk membuat posisi punggung dan perut tegak ketika benang terasa menegang. Maka tanpa sedar, anda sudah melatih otot perut seharian sambil melakukan aktiviti lain.
Kaedah ini cukup sesuai buat mereka yang sibuk dengan aktiviti dan tugasan harian.
Pemakaian benang ini boleh anda lakukan sebelum memakai pakaian. Hasilnya, postur tubuh anda akan lebih tegak dan perut menjadi lebih rata!
Berminat untuk cuba?
Sumber: Dailymail.co.uk