Semua orang suka makan ais krim tetapi tidak semua tahu membuatnya. Disebabkan itu, Wanista kongsikan resepi ais krim pisang yang segar dan lazat dan paling penting sangat mudah dengan hanya 2 bahan sahaja. Jadi, selepas ini tak perlu susah payah beli lagi, boleh buat sendiri. Jom Cuba!
Bahan-bahan
- 2 batang pisang matang
- 3 sudu besar Nutella
Cara membuat
- Kupas dan potong pisang.
- Masukkan dalam beg kedap udara.
- Bekukan dalam peti pendingin.
- Saat pisang sudah beku, biarkan sebentar selama 15 minit.
- Masukkan pisang dan juga nutella dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati hingga benar-benar lembut.
- Tuangkan dalam bekas kedap udara dan bekukan selama 4 jam.
- Ais krim siap disajikan.
Sumber : rakskitchen