Anda pernah makan terung goreng tepung? Baru-baru ini penulis makan di satu restoran makanan Indonesia – Wareong Oma di Sunway, seriously terung goreng tepung di sana sangat sedap, dipotong nipis-nipis jadi makin tambah rangup, malah langsung tidak berminyak. Jadi, penulis nak kongsi resepi terung goreng tepung, anda boleh makan ketika minum petang.
Bahan:
- Terung panjang/bulat
- Tepung gandum 3 sudu besar
- Tepung jagung 3 sudu besar
- Air suam (lebih kurang setengah gelas)
- Garam secukup rasa
- Kunyit (1 sudu kecil pun cukup)
- Minyak masak
Cara-caranya:
- Adun (tepung gandum, tepung jagung, air suam, garam dan kunyit) secukup rasa.
- Terung kalau yang panjang potong bulat-bulat dan nipis-nipis, kalau yang bulat sebiji, potong ikut suka, yang penting tak besar dan nipis.
- Celup terung dalam aduan tadi.
- Goreng dalam minyak yang sedang panas.
- Angkat dan siap dihidang!