Benarkah desas-desus mengatakan Emma Maembong dan Zizan Razak sudah putus? Dan Emma sendiri minta putus? Sebelum ini, pasangan ini menolak dakwaan orang ramai berhubung keretakan hubungan cinta antara mereka, malah ianya dinafikan sendiri oleh pasangan merpati sejoli ini.
Terbaru, satu artikel di Utusan Malaysia, Emma telah memohon agar hubungan dengan Zizan tidak diteruskan kerana dirinya kini berada di dalam fasa menenangkan diri. Malah Emma turut dilaporkan telah pergi bercuti ke luar negara bersama rakan-rakan untuk mengubati hatinya yang luka. Keretakan antara mereka diperkuatkan apabila Emma berkongsi bait-bait lagu Already Gone nyanyian Kelly Clarkson di Instagramnya. Hurmmm..macam-macam hal…
Terkini, melalui laporan dari Harian Metro, Emma Maembong sendiri menjelaskan tentang perkara ini melalui aplikasi Whatsapp:
“Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham.”
Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dari Zizan, tetapi apa yang pasti berita ini sememangnya akan mengundang rasa kecewa bagi peminat pasangan ini yang mahu melihat kedua-dua mereka mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.