Tahniah buat pelakon cantik Fouziah Gous kerana dipilih menjadi hos program Nona untuk tahun 2015. Selepas Neelofa dan Fara Fauzana meninggalkan set program Nona selepas siaran terakhir pada 28 Disember lalu, Fouziah Gous muncul dalam satu promo program tersebut mendedahkan yang dirinya diberikan mandat sebagai hos program Nona untuk tahun 2015.
Menerusi Berita Harian & Rotikaya, Fouziah Gous mengatakan yang beliau teruja dengan peluang yang diberikan oleh produksi Nona untuk dirinya dan mengambil peluang ini atas tiket untuk mencabar diri sendiri dalam lapangan baru untuk kariernya.
“Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang. Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon. Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain,” ujarnya.