Anda tiada apa untuk dibuat pada hujung minggu? Wanista cadangkan anda pergi melihat sendiri keunikan ‘Christmas Magnificence’ di Pavilion Kuala Lumpur. Ia merupakan hiasan bertaraf dunia yang mempunyai 40 kaki tinggi Santa Claus dan perhimpunan terbesar patung Krismas yang menarik!
Dari pintu masuk Bukit Bintang, pengunjung diiringi oleh barisan pokok Krismas, dihiasi dengan emping salji gergasi dan hadiah besar. Pabila berjalan melalui Spanish Steps ke Centre Court, pengunjung akan melihat persembahan snowmen dan Ferris Wheel of Joy yang mengelilingi satu patung gergasi Santa Claus.
Selain hiasan luar biasa yang dibina di pusat membeli-belah itu, ‘Christmas Magnificence’ juga merangkumi pelbagai aktiviti dan persembahan ist
imewa untuk pengunjung. Kemuncak musim ini adalah ‘Magical Light Show’ di pintu masuk Bukit Bintang, yang akan dipamerkan daripada 28 November 2014 sehingga 4 Januari 2015. Diprogramkan khas, pertunjukan cahaya itu bakal menjadi ‘Magical Light Show’ yang terbesar di Bukit Bintang dan dapat dilihat setiap hari pada jam 8 malam.
Sebagai sebahagian daripada perayaan ini, ahli kad Maybank juga diberikan keistimewaan membeli-belah sepanjang sambutan berkenaan. Pembeli akan menerima beg kecil LeSportsac percuma dengan RM1,000 dikenakan kepada mana-mana Kad Kredit Maybank. Ahli kad juga akan menikmati akses keutamaan dan tunggangan percuma pada Ferris Wheel of Joy dan juga semasa sesi pertemuaan dengan Santa Claus. Untuk senarai lengkap ganjaran, sila layari www.pavilion-kl.com.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pavilion Kuala Lumpur’s Concierge di talian 03 2118-8833 atau ikuti update mengenai Pavilion Kuala Lumpur di halaman Facebook Pavilion Kuala Lumpur http://www.facebook.com/PavilionKL, Twitter @Pavilion_KL atau Instagram @PavilionKualaLumpur.