Gaya seksi dan daring sememangnya sinonim dengan Kim Kardashian. Sehinggakan baru-baru ini Kim mengejutkan dunia dengan tindakan berani bergambar separa lucah dalam sebuah majalah antarabangsa, Paper.
Aksi Kardashian itu turut menjadi viral dengan ‘hashtag’ #kardashian selain ada juga yang menjadikannya ‘parodi’ di laman Twitter. Selain itu, Aksi tersebut turut mendapat pelbagai pandangan di laman sosial selain blog dan perbincangan di forum internet.
Menurut budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail, remaja negara ini juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus seandainya ada kecenderungan untuk meniru aksi Kardashian dan dipapar di laman media sosial seperti Facebook. Ujarnya, sikap remaja itu sendiri mempunyai sikap suka meniru dan seandainya berlaku, ia disifatkan sudah direstui pengguna media sosial secara amnya.
“Cuma saya hendak tanya, cantik sangatkah punggung itu jika hendak ditayang kepada semua orang? Saya tidak salahkan budak-budak ini (remaja). Mereka ikut saja apa yang dilihat di media sosial dan media perdana yang mempertontonkan kisah asal artis barat berkenaan. Tetapi tidak payahlah hendak ditiru, kita kena jaga budaya ketimuran, kita budak terlalu sosial seperti negara mereka (barat),” katanya
Melalui portal berita DailymailUK, Ketua Pendakwaraya North West England, Nazir Afzal berkata perbuatan Kim membuatkan anak-anak gadis mahu menjadi sepertinya seterusnya memberi impak di mana ia membuka peluang kepada pemangsa untuk mengambil kesempatan.