Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook secara terbuka telah mengaku bahawa dirinya adalah gay pada hari Khamis dalam satu esei untuk BusinessWeek.
Menulis dalam BusinessWeek, Cook mengatakan yang berikut:
“Walaupun saya tidak pernah menafikan seksualiti saya, saya belum terbuka mengakui nya, sampai lah sekarang. Jadi biarlah saya jelaskan di sini: Saya bangga menjadi gay, dan saya anggap menjadi gay di antara hadiah yang paling besar Tuhan telah berikan kepada saya.“
Beliau seterusnya berkata:
“Menjadi gay telah memberi saya pemahaman yang lebih mendalam tentang apa perasaan pabila berada dalam golongan minoriti dan membuka jendela ke cabaran orang-orang dalam kumpulan minoriti yang lain tangani setiap hari. Ia membuatkan saya lebih berempati, yang telah membawa kepada kehidupan yang lebih kaya. Ia sukar dan tidak selesa pada masa-masa nya, tetapi ia telah memberikan saya keyakinan untuk menjadi diri saya sendiri, untuk mengikuti jalan saya sendiri, dan untuk naik di atas kesulitan dan ketaksuban. Ia juga memberikan saya skin of a rhinoceros, yang sangat berguna apabila anda adalah CEO Apple.“
Sumber: Business Insider Malaysia
Sejurus berita panas ini diluahkan beliau, ramai orang diluar sana memberikan pelbagai komen dan salah satu yang menarik perhatian kami di laman Facebook adalah:
“Tidak hairanlah iPhone bengkok. CEO nya tidak lurus (not straight)!“