Menurut laporan portal berita Kompas.com, dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan pengakuan daripada bintang kontroversi dan seksi, Julia Perez yang menyatakan bahawa dia menghidap barah serviks. Penyanyi dangdut itu juga mengumumkan hal tersebut secara mendadak bersama dokumen pemeriksaan perubatannya di Singapura.
“Aku kena barah serviks, peringkat 2A. Ini yg selama ini aku rahsiakan dari kalian,” kata Jupe sambil menangis teresak-esak saat ditemui wartawan di Kemang, Jakarta.
Lebih dikenali dengan nama Jupe menambah, penyakit yang dihidapinya memerlukan ketahanan mental dan dia harus selalu berpikir positif. Difahamkan, gejala awal penyakitnya sudah dirasakan ketika dalam sebuah acara di Bali. Ketika itu, Jupe mengalami pendarahan yang pada mulanya disangkakan normal akibat keletihan dan kemudian dia mengakui, dalam tempoh lebih tujuh bulan lalu masalah pendarahannya berulang. Selain mempertimbangkan beberapa faktor, bintang tersebut mengaitkan penyakit itu dengan sebab utama iaitu masalah psikologi.
Astro Awani