Siapa di sini lebih menyukai menggunakan ppengangkutan awam kereta api bila ke sesuatu tempat ketika melancong ke sesebuah negara? Walaupun jauh tetapi masih memilih kereta api hanya untuk melihat pemandangan yang indah di setiap tempat dilawati. Malah, bagi sesetengah pelancong, perjalanan kereta api adalah satu perjalanan dan bercuti dalam satu masa.
Jika anda berkunjung ke 7 buah negara ini, jangan lupa cuba naik kereta api untuk merasai pengalaman baru.
1. Kanada – Salah satu daripada negara-negara terbaik untuk perjalanan kereta api adalah Kanada. Kanada merupakan negara yang luas, cantik malah sangat sempurna untuk melawati setiap tempat menggunakan kereta api. Disebabkan itu, tidak menghairankan jika satu laluan memenuhi pelbagai perkara. Anda boleh melihat Pergunungan Rocky, melawat pantai, melawat tasik yang indah atau bahkan Columbia icefield.
2. Scotland – The Royal Scotsman adalah salah satu kereta api yang paling terkenal di dunia malah agak mahal. Jika anda merupakan peminat Harry Potter, anda dapat menikmati pemandangan indah melalui laluan Glenfinnan Viaduct yang dipaparkan dalam siri Harry Potter and the Chamber of Secrets.
3. India – Dengan landskap yang sangat pelbagai, India adalah satu kemestian untuk peminat kereta api. Walaupun umum melihat paparan imej penduduk India bersesak dalam gerabak kereta api malah ada yang duduk di atas bumbung, jangan risau kerana ada juga perjalanan mewah.
4. Trans-Siberian Railway – Trans-Siberia telah lama menjadi kegemaran di kalangan peminat kereta api, dan merupakan salah satu perjalanan kereta api yang paling terkenal di dunia. Terdapat pelbagai laluan yang membolehkan anda untuk melawat negara-negara seperti Mongolia dan China. Laluan penuh meliputi lebih daripada 6,000 batu dan melintasi lapan zon masa. Anda boleh berhenti di Lake Baikal dan Ulan Bator.
5. Jepun – Jika anda teringin menaiki kereta api dengan kelajuan, maka anda perlu merasai pejalanan dengan Shinkansen bullet train yang terkenal sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda. Seperti negara-negara lain, anda boleh membeli tiket kereta api dan perjalanan di seluruh negara, walaupun Shinkansen hanya menghubungkan bandar-bandar utama.
6. Switzerland – Satu lagi negara dengan pemandangan menakjubkan adalah Switzerland. Setiap laluan Switzerland menawarkan pemandangan yang cukup indah. Anda boleh cuba Glacier Express, yang bergerak dari Zermatt ke St Moritz dalam tujuh jam.
7. United States of America – USA mungkin dikenali pelancong sebagai destinasi untuk road trips, tetapi ia juga hebat untuk perjalanan kereta api. Terdapat banyak laluan dan stop-offs, tetapi salah satu yang paling terkenal adalah California Zephyr. Zephyr ke Chicago dan San Francisco, melawat bandar-bandar yang menakjubkan malah boleh melihat Sierra Nevadas dan Pergunungan Rocky.
8. Afrika Selatan – Jika anda impikan menaiki kereta api mewah penuh esklusif, The Blue Train merupakan pilihan terbaik. Menyediakan perkhidmatan perkhidmatan butler, dua kereta lounge (merokok dan larangan merokok), bilik esklusif yang kalis bunyi, berkapet penuh malah dilengkapi dengan tab mandi bersaiz penuh.