Pemenang terbaru pertandingan ratu cantik Miss Asia Pacific World yang dianjurkan di Seoul , Korea baru-baru ini telah dilucutkan daripada takhta tersebut kerana menolak untuk melakukan pembedahan membesarkan payudara. Pemenang yang berasal dari Myanmar tersebut, May Myat Noe adalah pemenang ketiga dalam masa empat tahun penganjuran ini dibatalkan kemenangannya atas alasan tidak memberi kerjasama.
Menurut penganjur pertandingan tersebutm May Myat Noe telah diarah berbuat demikian kerana mempunyai saiz payudara yang kecil. Kos pembedahan tersebut akan ditanggung oleh pihak penganjur.
May Myat Noe telah terbang balik semula ke negara asalnya dan kini pihak penganjur telah mendakwa telah melucutkan takhta tersebut kerana enggan memulangkan tiara kemenangannya. May Myat Noe, bertegas tidak mahu memulangkan tiara bernilai $100,000 sehingga mendapat permohonan maaf kepada negaranya.
“Saya tidak sedikitpun berbangga dengan mahkota ini “
“Saya tidak mahu mahkota dari sebuah organisasi dengan reputasi yang buruk”
“Tetapi saya tidak akan memulangkan ia kembali ke Korea kecuali mereka memohon maaf,” kata beliau. “Bukan sahaja kepada saya tetapi negara saya kerana memberikan imej yang tidak baik.”
Jadi inikah motif pertandingan ratu cantik dianjurkan? Mempamerkan “kecantikan buatan”? Pujian dari kami untuk wanita yang sanggup kehilangan pengiktirafan dan berpegang teguh kepada pendiriannya.