Mendengar muzik terlalu kuat boleh menyebabkan kemampuan pendengaran menurun.
Pendengaran yang kurang baik boleh juga disebabkan oleh pengambilan nutrisi yang kurang untuk tulang telinga. Makanan yang tinggi akan vitamin D dapat mencegah pendengaran menurun dalam telinga.
Berikut adalah makanan yang boleh dimakan:
Vitamin D
Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium yang diperlukan untuk mempunyai tulang yang kuat. Makanan yang kaya akan vitamin D iaitu minyak ikan kod, salmon, tuna, ikan kembung, hati, dan kuning telur.
Gabungan Vitamin A, C, E dan Magnesium
Kombinasi vitamin ini boleh menghalang radikal bebas, terutama apabila selalu terdedah dengan suara bising yang mengurangkan peredaran darah dalam telinga. Vitamin A boleh didapati daripada brokoli, bayam, lobak merah, labu, aprikot, hati, susu, mentega, keju, dan telur.
Vitamin C juga dari sayur brokoli, lada hijau dan merah, sayur kembang kol, kubis, lemon, nanas, strawberi, dan oren. Vitamin E ada pada sayur-sayuran daun hijau, mentega, dan minyak sayur.
Vitamin B12 atau Cobalamine
Vitamin ini membantu meningkatkan pendengaran dengan mengatur pembentukan sel darah merah, boleh mencegah tinnitus atau kuping berdengung. Vitamin B12 ada pada produk susu, telur, daging tidak berlemak, dan kerang.
Asid Folat
Makanan kaya asid folik mengurangkan pengeluaran homocysteine yang menjadi penyebab kehilangan pendengaran sekaligus meningkatkan peredaran darah ke dalam telinga. Asid folat didapati dari hati lembu, bayam, asparagus, kacang, brokoli, alpukat, salad lettuce, kacang, jus tomato, telur, strawberi, betik, dan pisang.
Mineral
Zat ini membantu pembentukan rangkaian saraf dan tulang. Mineral juga penting untuk fungsi otak dan saraf yang lebih normal. Kurangnya mineral pun boleh menyebabkan tinnitus. Mineral banyak dijumpai di epal, aprikot, alpukat, kacang, nanas, beri, kismis, saderi, kuning telur, dan pine nuts.
Selamat Beramal!