Buat wanita di luar sana yang inginkan kesan sempurna selepas menggunakan alat solek, jenama kecantikan dari Korea Selatan, Laneige telah melancarkan Brush Pact , berus dengan loose powder yang dicipta untuk memberikan sentuhan halus seperti mekap artis profesional.
Brush Pact ini merupakan berus berkualiti tinggi dan lembut seperti bulu mink dengan ketebalan hanya 0.05mm dan rekaannya memberikan rasa mewah kepada si pemakai. Selain itu juga, bulu berus yang lembut dapat memberikan impak sama rata kepada kulit semasa mengenakan loose powder tanpa meninggalkan kesan bertompok.
Anda boleh memilih rangkaian Brush Pact kerana mereka mempunyai 3 warna berbeza sesuai dengan jenis dan warna kulit anda :
1. Natural Finishing ( RM105 )
Serbuk mineral semulajadi yang menonjolkan seri mineral dan ketelusan dengan rasa lembut dan licin. Bagi anda yang suka efek ‘glowy’, anda boleh memilih jenis ini.
2. Pore Blur ( RM105 )
Pore Blur bertujuan untuk memberi kesan ‘Photoshop sempurna’ , sambil mengekalkan kulit yang lembut sepanjang hari. Bagi anda yang suka kemasan matte, anda boleh memilih Pore Blur.
3. Pink Beam ( RM105 )
Jika anda rasa kulit anda kusam dan anda ingin kesan penyerlahan lembut untuk tona kulit anda, Pink Beam memberikan sentuhan yang jelas dan menonjolkan keserian kulit anda.
Bagi anda yang ingin kemasan sempurna, anda boleh menggunakan bersama Laneige BB Cushion dan menggunakan berus sebagai sapuan akhir solekan pada wajah anda.
Laneige juga telah melancarkan produk terkini iaitu WATERY CUSHION CONCEALER SPF 35 PA++( RM90 ) iaitu concealer hibrid cecair yang menyediakan perlindungan yang tinggi dengan sentuhan yang halus dan terperinci. Inovasi baru ini mengandungi pelembap dengan fungsi pemutihan sambil menyediakan liputan yang sangat baik untuk noda pada wajah, lingkaran hitam, parut jerawat dan kulit kusam di sekitar mata dan hidung.