Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan barangan untuk rumah anda! Jenama H&M kini telah membawakan H&M Home di pusat beli-belah Avenue K Kuala Lumpur dan telah dibuka kepada umum semalam.
Terdapat pelbagai pilihan barangan daripada hiasan rumah tamu, bilik tidur, untuk anak-anak anda dan juga hiasan bilik air. Cakap je, semua ada. Harga pula amat berpatutan dengan barangan dijual serendah kurang dari RM10. Walaupun pilihan barangan agak terhad, jangan risau kerana pihak H&M akan menambah lagi koleksi barangan dan mungkin akan ada satu tingkat khas untuk H&M Home.
Jom tengok apa yang ada di sana! 🙂