Sedar atau tidak, posisi tidur anda juga memberi impak yang besar terhadap kesihatan anda. Agama sendiri melarang kita tidur dalam posisi meniarap dan menindih jantung.
Akibat daripada posisi tidur yang salah ini lebih mudah difahami berpandukan infografik daripada The Huffington Post ini. Di bahagian yang ditandakan bulatan berwarna oren adalah kesan negatif posisi tidur tersebut terhadap kesihatan.
Namun, berdasarkan infografik tersebut, setiap posisi tidur mempunyai kesan negatifnya sendiri terhadap kesihatan. Misalnya, tidur secara telentang boleh menyebabkan masalah berdengkur menjadi semakin buruk. Tidur mengiring pula boleh menyebabkan sakit bahu dan pinggul. Tidur meniarap pula menyebabkan risiko kulit berkedut dan payudara mengendur.