Impian setiap bakal pengantin inginkan busana pengantin daripada pereka fesyen idaman mereka. Busana pengantin yang cantik dan menyerlahkan keayuan merupakan pilihan mereka di hari persandingan nanti. Wanista kongsikan 4 pereka fesyen yang menampilkan koleksi pengantin cukup segar, garapan moden juga tradisional dan selamanya timeless.
Pendapat kami, jika tidak mampu untuk memiliki busana seperti ini, anda mungkin boleh jadikan inspirasi..:)
Jovian Mandagie – Mencipta enam rekaan yang mencerminkan adaptasi tema Splash of Romance, kesemuanya dalam siluet flowy. Penggunaan fabrik Moroccan crepe, Italian crepe, sifon Itali, renda Perancis dan organza ini memberikan imej gaya yang cukup moden dan mempesonakan dari palet putih dan beige.
Mimpi Kita – Membawa tema The Lightness, Mimpi Kita menyuntik aura Melayu Klasik hasil garapan dan ilham romantisme. The Lightness turut diserikan dengan tatahan jemeki, fabrik tekstur dan polos dalam siluet longgar dan sendat namun mengekalkan keselesaan pada pemakainya. Selebihnya boleh lihat di Facebook Mimpikita.
Nurita Harith – Pemilihan fabrik lembut seperti sifon dalam potongan beralun yang disertakan perincian renda. Disulami dengan rona dari palet putih, champagne dan pastel untuk mencipta busana perkahwinan moden. Untuk koleksi lengkap, lihat Facebook Nurita Harith.
Rizman Ruzaini – Himpunan yang diberi tema Highness ini diambil dari inspirasi kostum era byzantine, baroque dan renaissance. Penggunaan sutera sifon, kain net dan renda Perancis membangkitkan mood dan disertakan dengan perincian sarat Swarovski, manik gantung dan tampalan renda namun masih ringkas dan relevan. Untuk info lanjut, boleh ke laman web rasmi Rizman Ruzaini.
Sumber: Jurnal Kahwin Majalah EH!