Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun di Kajang didakwa telah dicabul oleh bapanya yang hanya pulang ke rumah sebulan sekali kerana kerja di luar kawasan , lapor China Press.
Insiden tersebut terbongkar selepas ibunya perasan gadis itu menyentuh bahagian kemaluannya. Apabila ditanya, kanak-kanak itu itu berkata bapanya telah “bermain dengan dia seperti itu”. Perkara tersebut telah menaikkan kemarahan ibu berusia 35 tahun itu dan dia kemudiannya membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kajang Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata ibu, yang bekerja sebagai pengurus jualan tersebut , kemudiannya membawa gadis itu ke hospital untuk pemeriksaan, dan disahkan mengalami kecederaan pada bahagian kemaluannya.
Pasangan itu juga mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.
–Via