Seperti peribahasa melayu lama berkata, ke mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Peribahasa ini sesuai sekali untuk menggambarkan cerita yang kami ingin kongsikan bersama anda.
Kalau selama ini kita terpikat dengan kecomelan anak pasangan ideal anak Victoria dan David Beckham, iaitu si comel Harper , ada juga bakal terpikat dengan bakat yang boleh jadi diwarisi daripada ibunya. Yang kami maksudkan adalah fashion sense dan bakat seni rekaan Victoria Beckham .
Bekas penyanyi kumpulan Spice Girl ini telah memuatnaik gambar kolaj yang dibuat oleh anak kecilnya yang baru berusia 2 tahun . Mahu lihat?
Nampaknya ibu kepada empat orang anak ini begitu gembira menghabiskan masa bersama anak bongsunya . Gambar tersebut dimuatnaik dengan kapsyen “Look at Harper’s artwork !! I’m such a proud mummy !! X vb”
Kami rasa bakat yang dipamerkan si Harper ini memang cukup promising untuk mini VB yang hanya berusia 2 tahun.