Selain muzik dan dramanya, demam K-pop juga sebenarnya terbawa sehingga ke makanannya. Makanan seperti Kimchi dan Bibimbap bukan lagi satu makanan asing di kalangan rakyat Malaysia.
Di Bulgogi Brothers , anda boleh menikmati makanan enak ini dalam inovasi baru ; di dalam hidangan burger. Restoran makanan Korea yang terkenal dengan hidangan BBQ ini telah memperkenalkan 4 hidangan baru yang pastinya akan memikat selera anda .
1. KIMCHI BURGER RM22.90
Jika anda seorang peminat Kimchi, Ini hidangan yang anda wajib cuba ! Burger enak ini dilapisi cendawan, Kimchi , isi daging lembu yang dipanggang dan diapit dengan roti ban arang ( charcoal bun) .
2. BIBIMBAP BURGER RM25.90
Dinspirasikan daripada hidangan Bibimbap, hidangan makanan Korea yang terdiri daripada sayur- sayuran yang ditumis, telur dan hirisan daging , Bulgogi Brothers telah mencipta burger Bibimbap yang bercirikan hirisan homemade daging lembu premium, sayuran segar ,lobak merah, timun jepun,dan disempurnakan dengan telur mata di bahagian atas. Persembahannya mungkin tidak sama dengan Bimbimbap namun percayalah rasanya memang sama seperti Bibimbap. Bezanya , kalau biasanya hidangan ini disertai dengan nasi, kali ini cuba nikmatinya dalam bentuk burger pula.
3. SPICY GWANGYANG BURGER, RM 28.90
Dinamakan sempena sebuah bandar terkenal yang terletak di Korea, Spicy Gwangyang , hidangan ini memang bertepatan dengan mereka yang meminati makanan pedas . “Gigitan berapi” ini datang dalam bentuk hirisan daging diliputi dengan sos -Osam ( sos barbeku) yang pedas , dihiasi dengan cendawan butang , bawang dan juga hirisan keju Amerika . Hidangan mengiurkan ini tentunya membuatkan anda makan sehingga menjilat jari.
4. UNYANG BURGER RM28.90
Mahukan lebih bahagian daging? Penulis sarankan anda untuk mencuba hidangan Unyang Burger. Masih mengekalkan kepingan isi daging lembu premium, hidangan ini turut dilapisi dengan hirisan keju Amerika , hirisan daging lembu yaang disaluti sos enak. Tambah menarik, adalah kandungan kentang rangup yang dicincang dalam ban arang yang dibakar.
Review penulis
1. Harga yang ditawarkan untuk hidangan ini sebenarnya berbaloi memandangkan portion setiap hidangan adalah besar dan cukup mengenyangkan. Tambahan lagi, hidangan ini juga turut hadir bersama dengan beberapa hidangan appetizer yang boleh diisi semula.
2. Jika anda sudah biasa makan hidangan burger bersama kentang goreng di restoran makan segera, Bulgogi Brothers pula menghidangkan burger-burger ini bersama kerepek ubi keledek homemade yang rangup yang penulis rasa lebih melengkapi burger ala korea ini. Dan yang pastinya ia memang sedap.
3. Pujian juga diberikan untuk ban arangnya. Menurut pengurus jenama Bulgogi Brothers, pemilihan ban ini dibuat secara teliti dan terperinci melalui proses uji rasa mereka ,dan hasilnya, anda dapat menimati hidangan ini dengan ban yang cukup lembut dan kenyal. Untuk memastikan kesegaran, tarikh luput untuk ban arang ini juga cuma mengambil kitaran dua hari sahaja.
4. Keempat-empat burger ini memang memikat selera penulis terutamanya Spicy Gwangyang Burger yang menjadi pilihan peribadi penulis. Untuk yang menggemari masakan pedas, ini adalah hidangan wajib cuba!
5. Tidak semua daripada kita berani mencuba makanan yang diberi revolusi baru seperti ini. Namun kombinasi setiap hidangan ini langsung tidak mempunyai rasa janggal, termasuk lapisan keju untuk hidangan Kimchi Burger . Jika anda rasa kombinasi Kimchi dan keju semacam “kurang masuk”, penulis rasa anda akan berubah pendapat selepas mencubanya.
Empat hidangan enak ini sudah boleh didapati di semua cawangan Bulgogi Brothers (e@Curve , Mid Valley, Paradigm Mall dan Pavillion KL) mulai 16 Jun 2014.