Kecantikan supermodel dan pelakon Rosie-Huntington -Whiteley ini sememangnya dicemburui ramai. Inginkan kulit secantik beliau, kami kongsikan 5 tips kecantikan daripada penasihat kecantikan heroin filem Transformers: Dark of The Moon ini, Shani Darden.
1. Sentiasa bersihkan wajah sebelum tidur. Tidur dalam keadaan wajah yang masih bermekap dan berminyak akan membuatkan laing pori anda tersumbat dan menyebabkan masalh jerawat.
2. Membuat rawatan peeling kulit di rumah 1-2 kali seminggu akan membuang sel-sel kulit mati yang akan membuatkan kulit anda berseri.
3. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan tompok hitam , kedutan dan kulit anda kelihatan kusam. Sentiasa pastikan anda memakai pelindung matahari tidak kira pada sebarang cuaca.
4. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup. Kurang tidur bukan sahaja menjadikan anda penat tetapi ia turut membuatkan kulit anda kelihatan letih. Cuba dapatkan 7-8 jam tidur setiap malam.
5. Jangan terlalu kerap melakukan pengelupasan kulit ! Menggunakan bahan kimia atau mekanikal pengelupasan setiap hari boleh menyebabkan jerawat dan kerengsaan. Lakukan 1-2 kali seminggu sahaja bergantung kepada jenis kulit anda.
Kami juga ingin kongsikan barangan kecantikan yang dilaporkan menghiasi meja solek supermodel jelita ini. Sebagai wajah rumah fesyen Burberry, rupanya kebanyakan barangan kecantikan yang digunakan beliau juga adalah daripada rumah fesyen tersebut.