Garnier Men, jenama No.1 terlaris dalam penjagaan kulit lelaki, ini membuktikan bahawa Garnier Men memahami keperluan penjagaan kulit lelaki Malaysia dan ia menjadikan jenama tersebut menerajui kedudukan pasaran hari ini. Difahamkan, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia perkenalkan rangkaian penuh produk penjagaan kulit dengan formulasi khas untuk lelaki.
“Garnier Men mula diperkenalkan kepada jejaka Malaysia pada 2010 dan sejak itu, kami beransur-ansur menerajui kategori penjagaan kulit lelaki dengan perkembangan yang memberangsangkan setiap tahun,” jelas Christina Low, Pengarah Pemasaran Garnier Malaysia.
Dikesempatan itu juga, Garnier memperkenalkan Aiman Hakim Ridza sebagai duta jenama Garnier Men yang baharu.
“Terpilih untuk menjadi duta baharu Garnier Men semestinya merupakan suatu pencapaian dalam kehidupan saya, saya berbangga yang saya boleh menjadi model peranan untuk semua jejaka di Malaysia. Tiada perlunya saya segan mengaku yang saya suka produk-produk penjagaan kulit dan saya sayangi diri dengan menjaga kulit saya!” jelas Aiman.
“Produk kegemaran saya semestinya Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub, yang saya gunakan dua kali seminggu dan untuk kebersihan muka setiap hari, Garnier Men Turbolight Oil Control Black Foam menjadi pilihan saya! Seperti lelaki yang lain, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki yang suka akan rutin penjagaan kulit yang cepat dan berkesan! Garnier Men Turbolight Oil Control Black Foam membersihkan minyak dan kotoran pada kulit bagaikan magnet, yakni, kulit bersih dan berseri. Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub pula mempunyai kesan yang menyegarkan kulit saya – produk ini menggabungkan pelbagai kebaikan dalam satu tiub – iaitu membersih, menanggal kulit mati, mengurangkan bintik-bintik hitam, menghilangkan minyak berlebihan dan menyerikan kulit saya. Sekiranya saya perlu ke mana-mana, atau bersukan, saya selalu membawa Garnier Men TurboLight Icy Scrub bersama saya untuk menghilangkan rasa lekit dan berminyak akibat peluh,” katanya lagi.
Sertailah peraduan Garnier Men “Take Control & Win” dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih daripada RM20,000! Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Garnier Men, jawab kuiz bola sepak, lengkapkan slogan tidak melebihi 20 perkataan dan sertakan bukti pembelian. Antara hadiah yang boleh dimenangi termasuklah SONY PlayStation 4, 47” SONY Bravia TV dan permainan EA FIFA 2014. Tarikh tutup peraduan adalah 30 Jun dan borang peraduan boleh didapati di semua kedai runcit seluruh negara.
Produk-produk penjagaan kulit Garnier Men boleh didapati di semua kedai runcit utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, ‘like’ Facebook Garnier Men di www.facebook.com/GarnierMenMalaysia