Predrag Jovanic, seorang lelaki dari Serbia cuba mencari cinta menerusi Facebook tetapi malangnya dia langsung tidak mendapat sambutan positif malah ditolak oleh 5000 orang wanita. Sadisnya!!
Terdesak untuk mencari cinta hati, lelaki ini menghantar mesej individu kepada 5000 wanita yang berbeza, dia terus bertanya jika mereka akan menimbang untuk menjadi teman wanitanya. Malangnya jawapan yang diterima langsung tidak memuaskan hatinya.
“Saya hanya mendapat 15 jawapan dan kesemunya memberikan respon negatif, malah yang paling teruk apabila ada segelintir yang mengabaikan mesej tersebut,” jelas lelaki ini.
Namun Jovanic langsung tidak hilang harapan, dia berjanji akan meneruskan misi dalam mencari wanita sempurna untuk dirinya di Facebook. Dia berpendapat mencari wanita di Facebook lebih mudah berbanding secara realiti.
Jovanic nampaknya tidak terlalu teliti dalam memilih kriteria wanita pilihannya, dia hanya menghantar mesej secara rawak dan berharap seseorang untuk bertindak balas.
“Gadis-gadis tersebut tidak perlu mempunyai ciri-ciri personaliti yang saya inginkan, lokasi dan umur juga tidak diambil kira, sama ada di Serbia ataupun luar negara,” jelasnya lagi.
Jovanovic berkata hidupnya agak sunyi, dan apa yang dimahukan adalah seorang gadis memberinya peluang. Dia menegaskan bahawa wanita tersebut tidak perlu taku untuk bertemunya. Malah, pertemuan akan diadakan di tempat pilihan wanita tersebut.