Batas Aurat Dalam Islam
Aurat dari segi bahasa ialah keaiban. Manakala dari segi istilah Syarak ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup. Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.
Bertudung atau berhijab atau lebih betul lagi menutup aurat merupakan syariat Islam yang wajib dijaga. Menerapkan tabiat dan disiplin bertudung pula wajib diterapkan oleh setiap ibu bapa terhadap anak-anak perempuan mereka.
Berikut adalah beberapa cara atau panduan mudah melatih anak perempuan bertudung/menutup aurat.
1. Seorang ibu itu wajiblah terlebih dahulu mengenakan tudung jika keluar rumah atau bersama orang bukan muhrim.
2. Belikan atau sediakan tudung yang sesuai dengan usia anak perempuan. Kalau boleh carilah warna yang budak-budak suka supaya dia suka sebab nampak cantik.
3. Ingatkan atau pakaikan anak perempuan anda tudung setiap kali dia ingin keluar rumah, atau setiap kali kita bawa dia keluar..(biasanya anak-anak ini pakai tudung tak boleh tahan lama, tak mengapa, dah namanya pun latihan kan)
4. Ceritakan sebab secara mudah kenapa orang perempuan beragama Islam wajib bertudung (jika dia bertanya soalan yang berkaitan, sila berikan jawapan yang munasabah dan logik, sebab anak-anak kita ini belajar melalui persekitaran juga)
5. Cuba bawa anak pergi mandi manda atau berkelah ke kawasan air terjun atau taman tema air, dan ajar dia supaya tidak perlu tanggalkan tudung walaupun ingin berseronok (supaya dia tahu bertudung bukan sahaja ditempat tertentu tetapi dalam semua keadaan jangan sesekali buka tudung)
Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh kita buat utuk melatih anak -anak perempuan kita bertudung, walau apapun yang penting semuanya ikhlas dari hati. Jika inginkan kebaikan maka Allah akan permudahkan, selagi namanya latihan, biar ada kekurangan di mana-mana namun tetap ada pembaikan.